9 CIRI WANITA IDAMAN LELAKI
ciri-ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita
yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.
Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya
mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh
lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan
wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita
yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai
prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai
lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita
yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah
dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali
tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta
dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki
suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki
boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja
dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan
wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki
menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan
kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah
cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya
memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan
membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita
yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita
adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.
Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamerkan Keseksian
Lelaki
suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka
menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi
barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki
suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang
cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu
dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang
tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita
yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat.
Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan
suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat
membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi
kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita
yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan
seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa
ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
Bagus infonya :)
BalasHapusMemilih pasangan hidup sangatlah harus selektif, dan jangan salah pilih agar tidak menyesal di kemudian hari.
Ijin berbagi ini dia Ciri-ciri Wanita Idaman para Pria